Catatan Terbaru :
Home » , , » Keuntungan Dan Kerugian

Keuntungan Dan Kerugian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SYARIAT SHOLAT DAN HUKUM ALAM ( keuntungan dan kerugian )

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam...

Solat Subuh...

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh... warna biru muda pada waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi...

Jika kerap tertinggal waktu Subuhnya... lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki...
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (serentak pada ruang dan masa)...

Bermulanya saja azan Subuh... tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum... tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud... jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi...

Solat Zohor...

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)... dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor... spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman...

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya...

Solat Asar...

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren... iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat... uterus... ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif...

Rahsia warna oren ialah kreativiti... orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya... tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita...

Solat Maghrib...

Menjelang waktu Maghrib... alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah... ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)... dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam...

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu)... kerana banyak gangguan/interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita...

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan... pada frekuensi otot... saraf dan tulang...

Solat Isyak...

Apabila masuk waktu Isyak... alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan... waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak...

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan... alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya... inilah waktu tidur dalam Islam... tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan...

Qiamullail...

Selepas tengah malam... alam mula bersinar kembali dengan warna putih... merah jambu dan seterusnya ungu... di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal... pituitari... talamus dan hipotalamus...
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan lalukan ibadah... dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat kepada sekalian makhluk... jika mereka mengetahuinya...

SEMOGA BERMANFAAT
Share this article :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Sholat Do'a dan Dzikir - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger