Catatan Terbaru :
Home » , » Sujud Sahwi

Sujud Sahwi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan oleh seseorang yang sedang melaksanakan sholat, yang terjadi / dilaksanakan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat dan hukumnya menurut kesepakatan sebagian ulama adalah sunat muakad.

Sahwi berarti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.

Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).

‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.

Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.” (Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-Nasa’I r.a.)

Menerangkan tentang lupa di dalam sholat, Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ، فَإِذَا نَسِيْتُ فَذَكِّرُوْنِيْ.

“Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu. Aku lupa sebagaimana kamu juga lupa. Jika aku lupa, maka ingatkanlah aku.” [Sahih: Shahiihul Jaami'ush Shaghiir (no. 2339), Irwaa'ul Ghaliil (no. 339).]

Hikmah dilupakan Baginda SAW oleh Allah Ta’ala adalah untuk menjadi pengajaran dan panduan bagi umat Rasulullah SAW.

1.  Diharuskan Sujud Sahwi ‘Sujud Sahwi’ dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:

1.  Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.
2.  Lupa membaca Tasyahud Awal.
3.  Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.
4.  Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.
5.  Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,
6.  Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.
7.  Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).

2.  Cara Melakukan Sujud Sahwi

‘Sujud Sahwi’ adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud;

1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca : "Subhana Man La Yanamu Wa La Yashu"
2.  Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.
3.  Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud " Subhana Man La Yanamu Wa La Yashu"
4.  Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).
5.  Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.
Share this article :

+ comments + 1 comment

Anonymous
March 27, 2013 at 9:38 PM

As'salammuallaikum. shodaqoh97.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Sholat Do'a dan Dzikir - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger