Catatan Terbaru :
Home » , » Mari Kita Laksanakan Shalat Subuh

Mari Kita Laksanakan Shalat Subuh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Shalat Subuh bahasa Arab: صلاة الصبح) adalah salah satu sholat wajib dari salat lima waktu yang dilakukan pada saat setelah terbit fajar sampai menjelang matahari terbit.

Solat Subuh adalah satu daripada lima sholat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun karena ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Meski seseorang dalam keadaan sakit sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk menggantinya dengan niat qada.

Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat dan Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Yuk Shalat Subuh
Share this article :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Sholat Do'a dan Dzikir - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger